Technology Depository Agency (TDA) ingin mengumumkan pelantikan YBrs. Dr. Sharoul Bin Jambari sebagai Ketua Pegawai Eksekutif, Technology Depository Agency (TDA) berkuat kuasa 1 April 2021.

Dr. Sharoul, 46 tahun berasal daripada negeri Johor Darul Takzim merupakan pemegang Ijazah Kedoktoran Falsafah (PhD) Kejuruteraan Mekanikal dari Universiti Teknologi Malaysia (UTM). Beliau menyertai TDA sejak tahun 2015 serta mempunyai pengalaman lebih daripada

20 tahun di dalam sektor kerajaan dan swasta di dalam bidang pembangunan sistem, pembangunan industri dan kapasiti industri, pengurusan projek serta pengkhususan dalam penilaian teknologi untuk aplikasi industri seperti di sektor automotif dan aeroangkasa.

Beliau juga pernah mewakili Malaysia sebagai pembentang kertas kerja di persada antarabangsa terutamanya di pentas Global Industrial Cooperation Conference pada tahun 2019 dan tahun 2020 serta bertanggung jawab mengelolakan Sesi Perkongsian Pengetahuan antara Wakil Kerajaan Negara-negara yang mengamalkan polisi kerjasama industri atau offset yang dianjurkan semasa persidangan Global Industrial Cooperation Association (GICA)*.

TDA mengucapkan terima kasih kepada Encik Azrizal bin Marzaki untuk perkhidmatan beliau yang menjalankan tugas-tugas Ketua Pegawai Eksekutif selama setahun bermula 1 April 2020. Ketua Pegawai Eksekutif yang baharu ini akan meneruskan rekod kecemerlangan TDA serta mendokong penuh aspirasi Kerajaan Malaysia khususnya Kementerian Kewangan dalam memacu perkembangan ekonomi, teknologi dan industri tempatan melalui Program Kolaborasi Industri (Industrial Collaboration Programme – ICP).

Technology Depository Agency (TDA) – 31 Mac 2021

*Sebelum ini dikenali sebagai Global Offset and Countertrade Association (GOCA).