SESI INTERAKSI BERSAMA SYARIKAT-SYARIKAT TEMPATAN MENGENAI 

PERFORMANCE BASED CONTRACT (PBC)

 

TEKS UCAPAN OLEH

PUAN NORIAH ISMAIL, PENGARAH KANAN, INDUSTRY DEVELOPMENT & ADVISORY DIVISION (IDAD)

TECHNOLOGY DEPOSITORY AGENCY  

7 Mac 2018  |  Rabu | Technology Depository Agency, Level 3, Menara Prisma, Precint 3, Putrajaya


Anjuran:
Bahagian Perolehan Kerajaan, Kementerian Kewangan ( BPK) &

Technology Depository Agency (TDA)

Bismillahirahmannirrahim

Yang Berbahagia Dato’ Othman bin Semail, Setiausaha Bahagian Perolehan Kewangan

Yang Berusaha Encik Zairi bin Hj Mat Ali, Timbalan Setiausaha Bahagian Perolehan Kewangan

Yang Berusaha Pn Hajah Rozita bte Mohd Ali, Ketua Seksyen Kontak Pusat dan Sistem Panel Sektor Kontrak

Yang Berbahagia Ir Datuk Kamarulzaman bin Zainal, Senior Associate, Performance Based Contract Center of Reference, TDA

Pegawai-pegawai dari Kementerian dan Agensi Kerajaan

Dato’-dato, Tuan-tuan dan Puan-puan yang dihormati.

Assalamualaikum w.r.b.t., dan Salam Sejahtera,

  1. Terlebih dahulu saya ucapkan terima kasih kepada Dato’-Dato’, tuan-tuan, puan-puandan para hadirin kerana telah meluangkan masa menjayakan “Sesi Interaksi MengenaiPerformance Based Contract Saya juga mengucapkan terima kasih kepada Bahagian Perolehan Kewangan, Kementerian Kewangan Malaysia (BPK MoF)atas sokongan yang berterusan kepada TDA dan menjadi penganjur bersama program ini.

Para Hadirin sekalian,

  1. Technology Depository Agency (TDA) telah ditubuhkan pada tahun 2015 oleh Kementerian Kewangan untuk memantau Program Koloborasi Industri (Industrial Collaboration Programme – ICP), di mana TDA diberi mandat melalui Polisi ICP Kebangsaan untuk mengurus, mentadbir dan memantau pelaksanaan ICP. Pelaksanaan ICP ini adalah sebagai satu platform bagi memajukan industri tempatan dan keupayaan teknologi negara dengan memanfaatkan perolehan strategik kerajaan.
  1. Selain daripada mandat pelaksanaan ICP, TDA juga telah diberi tugas untuk membangunkan satu pusat rujukan bagi pelaksanaan Performance Based Contract (PBC) bagi kontrak-kontrak Kerajaan. Kami di TDA mengucapkan terima kasih kepada Kementerian Kewangan kerana memberi kepercayaan kepada TDA untuk melaksanakan aspirasi ini diperingkat kerja.
  1. Seperti yang dijelaskan sepanjang program hari ini, kaedah PBC dilihat mampu meningkatkan daya saing yang sihat di kalangan syarikat-syarikat tempatan dengan adanya sistem pembayaran fleksibel yang berdasarkan tahap pencapaian perkhidmatan yang diberikan.

Para Hadirin sekalian,

  1. Adalah diharapkan tuan-tuan dan puan-puan, selaku rakan strategik kami, melihat konsep PBC ini sebagai satu win-win situation. Konsep ini secara tidak langsung akan menambahbaik hubungan antara syarikat tempatan dan luar negara dalam usaha pemindahan pengetahuan dan teknologi untuk pembangunan ekonomi yang berinovasi.
  1. Pendekatan PBC ini juga akan mewujudkan transaksi yang telus dalam pelaksanaan sesuatu projek sekaligus memastikan projek tersebut disiapkan dalam jangkamasa yang telah dipersetujui.Perkara ini pastinya memberi reputasi yang baik bagi semua pihak dan membuka lebih banyak peluang perniagaan bagi syarikat tempatan pada masa hadapan.

Para Hadirin sekalian,

  1. Saya berharap seminar ini telah memberi pendedahan dan akan mendokong usaha Kerajaan untuk Malaysia menjadi negara maju. Saya percaya bahawa pendekatan PBC menyediakan platform untuk kita berinovasi dan memberi khidmat yang terbaik kepada negara.
  1. Akhir kata, saya ucapkan terima kasih kepada semua pihak yang terlibat menjayakan seminar ini terutamanya Bahagian Perolehan Kerajaan (BPK), Kementerian Kewangan, selaku pemilik program PBC, kehadiran para peserta yang diraikan dan sekalung tahniah diucapkan kepada wargakerja TDA, yang telah bekerjasama dalam menjayakan seminar ini. Semoga seminar PBC ini memberi manfaat kepada setiap para peserta.

Assalamualaikum w.r.t.b.