NATIONAL RAILWAY AWARENESS PROGRAMME

DENGAN KERJASAMA TDA, JABATAN PENDIDIKAN POLITEKNIK (JPP) KEMENTERIAN PENDIDIKAN TINGGI DAN PENGGIAT INDUSTRI REL

TEKS UCAPAN OLEH

EN AZMAN OMAR, PENGARAH KANAN, INDUSTRY DEVELOPMENT & ADVISORY DIVISION

MERANGKAP PEMANGKU KETUA PEGAWAI EKSEKUTIF, TDA

  

12 September 2017 | Selasa | 9.00 pagi – 1 tengahari | Dewan Jubli Perak, Politeknik Kuching, Sarawak

 

 

 

Bismillahhirahmannirahim

Yang Berhormat Datuk Dr. Jerip Susil, Menteri Muda Pengangkutan Sarawak

Yang Berbahagia Prof. Dato’ Dr. Mohd Ismail Bin Abd Aziz , Ketua Pengarah Jabatan Pendidikan Politeknik, KPT

Yang Berusaha Encik Mohd Shah Bin Yunus, Timbalan Pengarah Akademik, Politeknik Kuching Sarawak

Yang Dihormati Wakil-Wakil Penggiat Industri, Ahli Akademia dan Wakil Media

Hadirin hadirat tuan-tuan, puan-puan dan saudara saudari sekalian.

 

Assalamualaikum w.r.b.t., selamat pagi dan Salam Negaraku Sehati Sejiwa

  1. Terlebih dahulu saya ucapkan terima kasih kepada Yang Berhormat Datuk Dr. Jerip Susil, Menteri Muda Pengangkutan Sarawak yang meluangkan masa bersama kita pada hari ini. Saya juga ucapkan terima kasih dan tahniah kepada Jabatan Pendidikan Politeknik Kementerian Pendidikan Tinggi Malaysia atas inisiatif menjadi perintis menganjurkan rangkaian roadshow di 6 buah politeknik seluruh negara dalam memberi pendedahan Industri Rel bukan sahaja kepada pelajar dan pensyarah politeknik malah institusi pendidikan berhampiran.  Terima kasih kepada para hadirin, tuan-tuan dan puan-puankerana sudi meluangkan masa bersama kita pada hari ini bagi menyaksikan satu lagi majlis penting dalam pembangunan modal insan industri rel di Malaysia.
  1. Hadirin sekalian, saya disini mewakili Yang Berbahagia Dato’ Zailani Safari, Ketua Pegawai Eksekutif, Technology Depository Agency (TDA).Walaupun beliau tidak dapat bersama kita pada hari ini kerana masih berada di Tanah Suci Mekah seusai menunaikan ibadah Haji baru-baru ini, Dato’ Zailani amat berbesar hati dengan usaha pihak JPP dan menaruh harapan tinggi kepada kita semua dalam sama-sama memajukan Industri Rel sekaligus menyumbang kepada pembangunan ekonomi negara tercinta.
  1. Untuk makluman hadirin sekalian, Technology Depository Agency (TDA) adalah agensi di bawah Kementerian Kewangan Malaysia yang telah diberi kepercayaan oleh Kerajaan untuk merancang, melaksana dan memantau pelaksanaan Program Koloborasi Industri (ICP) di Malaysia. Pelaksanaan ICP ini adalah salah satu elemen penting dan berkesan bagi pembangunan ekonomi dan technologi negara di mana fungsi TDA adalah memperkukuhkan struktur pengurusan antara kerajaan dan pihak swasta bagi memastikan pemindahan teknologi dapat dijayakan dengan sepenuhnya. Dalam erti kata lain, TDA bertanggungjawab memastikan negara dan rakyat mendapat manfaat pulangan dari perolehan Kerajaan.
  1. Kebanyakan perolehan mega Kerajaan buat masa ini melibatkan industry rel. Sebagai contoh, pelancaran MRT Laluan Sg Buloh Kajang pada 17 Julai 2017 baru-baru ini telah menyaksikan 50% dari nilai kontrak dapat dilaksanakan menggunakan barangan tempatan, melebihi sasaran awal iaitu 30% dan ICP memainkan peranan penting dalam misi penggunaan barangan tempatan.
  1. Melalui pelaksanaan salah satu program ICP, 12 orang peserta terpilih telah dihantar bagi menjalani program “Train the Trainer” bagi modul Rolling Stock, Signaling and Communicationsdi Portugal dan China tahun lalu.Kesemua peserta ini terdiri daripada kakitangan, pensyarah, jurulatih, jurutera dan juruteknik daripada beberapa institusi seperti KTMB, Kolej Komuniti, UniKL dan Politeknik.  Program ini ialah hasil kolaborasi diantara kerajaan Malaysia melalui TDA dan Thales hasil program ICP dari perolehan kenderaan berperisai oleh Kementerian Pertahanan pada tahun 2010.

Hadirin sekalian,

  1. Pembangunan industry rel atau kereta api di negara kita – yang telah wujud selama lebih dari 100 tahun, menghadapi pelbagai cabaran dan peluang.Dianggarkan menjelang 2030, industry ini akan dibangunkan ke tahap yang boleh mewujudkan perniagaan yang baik dan mampan, mampu memenuhi permintaan tempatan untuk menyokong keperluan pengangkutan rel negara disamping bekerjasama dengan penggiat utama yang lain dalam mengoptimumkan penggunaan sumber dan teknologi tempatan.
  1. TDA melihat kepada perkembangan industri rel di Malaysia mutakhir ini sebagai satu industri yang penting. Seperti yang diumumkan oleh YAB Perdana Menteri bahawa Kerajaan akan membelanjakan lebih dari RM150 billionhingga tahun 2022 bagi tujuan membangunkan infrastruktur dan sistem rel di Malaysia. Politeknik dan semua institusi pendidikan seharusnya mengambil kesempatan atas peluang ini dengan memastikan modul rel dilaksanakan di institusi masing-masing.

Hadirin sekalian,

  1. Bagi mengakhiri ucapan ini, saya mengambil kesempatan mengucapkan ribuan terima kasih kepada semua pihak yang terlibat menjayakan Railway Awareness Programmeini terutamanya pihak Jabatan Pendidikan Politeknik dan Politeknik Kuching Sarawak, selaku tuan rumah, Kementerian Kewangan Malaysia selaku kementerian penaung bagi ICP dan Kementerian Pengajian Tinggi Malaysia yang membuka ruang kepada akademia untuk menjadi penerima. Sekiranya tindakan bersepadu ini dapat dikekalkan, banyak lagi program ICP yang akan datang boleh dimanfaatkan untuk tujuan pembangunan kebolehupayaan negara. Bak kata pepatah, “melentur buluh biarlah dari rebungnya”, dimana pendedahan mengenai peluang pekerjaan dan keperluan majikan dalam industry rel perlu diberikan kepada pelajar.
  1. Akhir kata, sekalung tahniah diucapkan kepada wargakerja JPP, JKS, dan TDA yang telah bekerjasama dalam menjayakan majlis ini.

Terima kasih. Assalamualaikum w.r.t.b.