TEKS UCAPAN DATO’ ZAILANI SAFARI, KETUA PEGAWAI EKSEKUTIF, TECHNOLOGY DEPOSITORY AGENCY (TDA)

 DI MAJLIS PERASMIAN BILIK BESTARI DIGITAL

22 Julai 2017  | Kolej Tingkatan Enam Tunku Abdul Rahman Putra, Sabak Bernam, Selangor

 

BismillahirRahmanirRahim,

Alhamdulillahi Rabbil A’lamin wa biHi Nastai’n,

Assalamualaikum Warahmatullahi Wabarakatuh,

Salam Sejahtera dan Salam 1Malaysia

 

Tuan Mohd Jaluli bin Hj Yahaya, Pengetua, Kolej Tingkatan Enam, Tunku Abdul Rahman Putra, Sabak Bernam, Selangor,

Tuan Haji Mokhtar bin Manijo, Pegawai Pendidikan Daerah Sabak Bernam, Selangor

Dr. Muhammad Sultan bin Paudjar, Mewakili Y.B. Tuan Mohd Fasiah Bin Mohd Fakeh, Ahli Parlimen Sabak Bernam

Dif-Dif Jemputan,Guru-guru, para pelajar dan wakil media.

Tuan-tuan dan Puan-puan hadirin yang dihormati sekalian.

BAHAGIAN I : PENDAHULUAN

Alhamdulillah, didahulukan segalanya, marilah kita merafakkan setinggi puji-pujian seraya mengangkat rasa syukur ke hadrat Allah S.W.T, kerana atas izin dan limpah kurniaNya jua, maka kita dapat bersama-sama dalam Majlis Perasmian Bilik Bestari Digital ini.

Terlebih dahulu, saya ingin merakamkan sekalung tahniah dan terimakasih, kepada Kolej Tingkatan Enam Tunku Abdul Rahman Putra, kerana memberi peluang kepada Technology Depository Agency Berhad (TDA) untuk bersama-sama menzahirkan transformasi sistem pendidikan secara pantas dan mapan melalui Bilik Bestari Digital ini.

TDA melalui Kementerian Kewanganamat menyokong penuh usaha murni ini dan berharap dengan tersedianya Bilik Bestari Digital ini dapat menjadi faktor penambahbaikan penting bagi setiap langkah dalam perjalanan transformasi yang bakal dilalui. Secara keseluruhannya, hasrat ini mesti dicapai melalui pengagihan sumber yang terancang dan teliti, dan seterusnya memastikan inisiatif ini adalahuntuk meningkatkan keberhasilan dan kemenjadian pelajar.

Menariknya, berpandukan Pelan Pembangunan Pendidikan Malaysia 2013 – 2025, inisiatif Kolej Tingkatan Enam Tunku Abdul Rahman Putrayang bukan sahaja amat penting bagi masa depan Malaysia, bahkan, ia akan menjadi rujukan dan panduan bersama, kepada semua sekolah, dalam usaha merealisasikan transformasi sistem pendidikan di Malaysia dari segi teknologi dan inisiatif ini adalah sejajar dengan matlamat TDA secara amnya dan “Industrial Collaboration Programmes” (ICP) atau Program Kolaborasi Industri secara khasnya.

Apatah lagi majlis ini berlangsung pada 28haribulan Syawal1438 Hijriah, bulan yang dilimpahi dengan keberkatan serta mudah-mudahan, segala kebajikan ini hasil daripada kegigihan dan dedikasi para guru,pengetua, pentadbir, pegawai, kakitangan sokongan serta warga kerja TDAakan dilipatgandakan pahalanya oleh Allah SWT. InsyaAllah.

Seterusnya, majlis ini turut diserikan lagi dengan kehadiran hampir XXX orang, seraya kita berikan tepukan gemuruh kepada semua para hadirin, yang sudi datang ke majlis penuh bermakna ini.

BAHAGIAN II :Program Kolaborasi Industri

Tuan-Tuan dan Puan-Puan Sekalian,

Sebelum saya mengorak langkah bercakap dengan lebih jauh lagi, barangkali, ramai yang ingin tahu serba sedikit tentang latar belakang Program Kolaborasi Industri.

Program Kolaborasi Industri adalah salah satu elemen penting dan berkesan bagi pembangunan ekonomi dan teknologi negara di mana fungsi TDA adalah memperkukuhkan struktur pengurusan antara kerajaan dan pihak swasta bagi memastikan pemindahan teknologi dapat dijayakan dengan sepenuhnya.

Sejujurnya saya lihat TDA dapat menyumbang kepada kolej ini dari segi pemindahan teknologi dan penambahbaikan dalam sistem pembelajaran. Sekali lagi tahniah diucapkan kepada warga kerja kolej kerana menggunakan pendekatan yang berbeza dalam sistem pembelajaran untuk Bilik Bestari Digital ini dan seterusnya menyahut seruan kerajaan dan Pelan Pembangunan Pendidikan Malaysia 2013 – 2025.

Lanjutan itu, TDA juga amat mengalu-alukan pelajar yang berpotensi cemerlangdalam pelajaran. Bukan itu sahaja malahan TDA berharap inisiatif ini dapat membantu pelajar untuk melanjutkan pelajaran di insititusi pengajian tinggi serta seterusnya bekerja dengan institusi di bawah naungan Program Kolaborasi Industri.

BAHAGIAN III : PELAKSANAAN BILIK BESTARI DIGITAL

Tuan-Tuan dan Puan-Puan Sekalian,

Sebenarnya, pada hemat saya, Bilik Bestari Digital ini merupakan langkah murni, dalam memastikan pembelajaran dapat dilaksanakandengan baik serta penyediaan pelajar untuk melangkah ke institusi pengajian tinggi mahupun alam pekerjaan.

Malah, saya percaya bahawa, Bilik Bestari Digital yang telah bangunkan ini, sememangnya berpaksikan kepada manifestasi dan mengambilkira pandangan, kemahuan serta aspirasi dan keperluan pelajar Tingkatan 6 di kolej ini.

Saya percaya, Bilik Bestari Digital ini memenuhi setiap teknologi yang diperlukan iaitu perkakasan ICT yang terkini untuk mengajar dan belajar. Dengan adanya perkakasan ini, saya percaya pelajar akan lebih berminat untuk belajar dan tenaga pengajar atau guru akan menjadi lebih bermotivasi untuk mengajar.

Mustahaknya, seperti kata-kata ini “Give a Man a Fish, and You Feed Him for a Day. Teach a Man To Fish, and You Feed Him for a Lifetime”. Saya percaya dengan kata-kata ini kerana hanya dengan usaha kita boleh berjaya. InsyaAllah.

Disamping itu, “we have to start somewhere” dan dengan itu saya, bagi pihak pengurusan TDA Berhad dengan sukacitanya memilih kolej ini sebagai projek perintis dalam pemindahan teknologi di bawah TDA sejajar dengan visi dan misi kami.

BAHAGIAN IV: PENUTUP

Tuan-Tuan dan Puan-Puan Yang Dihormati Sekalian,

Maka dengan ini, jelas menunjukkan bahawa, segala perancangan dan inovasi kolej ini mungkintidak akan berlaku, tanpa kerjasama serta komitmen padu antara pihak-pihak terlibat iaitu Technology Depository Agency Berhad (TDA) iaitu salah satu daripada tanggungjawab sosial korporat kami, Kolej Tingkatan Enam Tunku Abdul Rahman Putra, Sabak Bernam, Pejabat Pendidikan Daerah serta masyarakat setempat. Bagi menghargainya, bersamalah kita beri tepukan gemuruh kepada semua!

Akhir kalam, dengan lafaz kalimah suci BismillahirRahmanirRahim,saya dengan sukacitanya menyempurnakan, Majlis Perasmian Bilik Bestari Digital, Kolej Tingkatan 6 Tunku Abdul Rahman Putra.

Wabillahi Taufik Walhidayah Wassalamualaikum Warahmatullahi Wabarakatuh.        

Sekian, terima kasih.