TDA menyokong penuh usaha kerajaan untuk menyemai semangat patriotik melalui sambutan Bulan Kemerdekaan 2020.

Hari ini seluruh warga kerja TDA bekerjasama menghias ruang pejabat TDA dengan jalur gemilang sempena Kempen Kibarkan Jalur Gemilang.

Tema Hari Kebangsaan dan Hari Malaysia pada tahun ini adalah ‘Malaysia Prihatin’ yang bertepatan dengan inspirasi yang didukung TDA untuk bersama-sama membawa nilai tambah kepada ekonomi negara melalui Program Kolaborasi Industri (Industrial Collaboration Programme -ICP).