SURABAYA, 20 November 2017 – Satu lawatan Ke Perusahan Kereta Api Indonesia PT INKA di Madun berdekatan Surabayatelah diketuai oleh Setiausaha Bahagian Pembangunan Kementerian Pengangkutan Malaysia, YBrs Encik Abd Haris Bin Lakar diiringi oleh pegawai-pegawai daripada Technology Depository Agency (TDA), Keretapi Tanah Melayu Berhad (KTMB) dan TWA (Malaysia) Sdn Bhd (TWA).

PT INKA adalah satu perusahan yang berkeupayaan merekacipta hingga membuat pelbagai jenis keretapi sejak tahun 1981, satu-satunya keupayaan yang ada di Asia Tenggara.

Lawatan ini adalah sebahagian daripada Program Kolaborasi Industri (ICP) di antara Kerajaan Malaysia dengan TWA (M) Sdn Bhd. Susulan daripada lawatan ini, seramai 15 jurutera dan juruteknik daripada KTMB dan Malaysia Rail Academy (MyRA) akan meneruskan latihan di sini selama dua minggu.

Tentunya lawatan ini akan dapat memberikan manfaat jangka panjang bagi merancang pembangunan keupayaan teknologi keretapi di Malaysia melalui Program Kolaborasi Industri (ICP) yang ditadbir-urus oleh TDA.

Ditulis oleh:

Kamarul Azhan Nordin, Programme Operation Division